Corporate Social Responsibility

We are moving towards greater progress and growth to fulfill our long term quest to be the best of the best in providing packaging solutions.

Corporate Social Responsibility

CSR ACTIVITIES ON 4TH NOV 2021

On 4th November 2021, it is a meaningful and fruitful festive occasion. Our Sales Manager, Ms May Loh and QA Manager, Ms Ching have spent their precious time to visit 2 orphanage homes in Kuala Lumpur. The orphanage homes are Lighthouse Children Welfare Home, Bangsar and Yayasan Sunbeams Home, Kuala Lumpur.

We have contributed the packed milk powder, soya powder and nutrient-rich grains to the kids.

A small gesture to help the lovely children.

PROGRAM GOTONG ROYONG DENAI SUNGAI KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2021

01 Apr 2021, Nilai – Satu program Gotong Royong Denai Sungai Kebangsaan sempena Sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2021 telah dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dengan kerjasama Rakan Strategik JAS Negeri Sembilan bertempat di Sungai Batang Benar, Kampung Batang Benar, Nilai, Negeri Sembilan.

Program yang disempurnakan oleh YB Tuan Veerapan A/L Superamaniam, selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan melibatkan hampir 105 peserta dari komuniti setempat dan wakil syarikat di kawasan Perindustrian Nilai. Pihak syarikat KJM Aluminium Can Sdn Bhd juga turut menghantar wakil staf bagi bersama-sama menjayakan program ini.

Program yang julung kali diadakan ini merupakan salah satu usaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Jabatan Alam Sekitar bagi meningkatkan kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat dalam aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan sungai dan kelestarian alam sekitar.

Pengisian program termasuklah aktiviti gotong royong bersama komuniti Kampung Batang Benar dan Rakan Strategik JAS, program penanaman pokok dan aktiviti kayuhan basikal.